I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 17, 2011

Remainder.....


Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?Soalan yang sering di tanya pada doktor pskilogi
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO). Pendiam , murung, adalah tanda anda tidak positif.
  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, – Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
  • Selesa dengan diri sendiri
  • Selesa dengan orang lain
  • Selesa dengan persekitaran
  • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan

  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik




  • Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?
    • Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan di bawah.
    Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
    • Berfikir dengan positif
    • Buat keputusan secara bijak
    • Cari kawan
    • Dengar suara hati anda
    • Belajar menangani kritikan dengan baik
    • Belajar menjadi diri sendiri
    • Belajar untuk menyukai diri sendiri
    • Belajarlah berkata “TIDAK”
    • Rancang masa anda dengan baik
    • Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
    • Bina keluarga bahagia
    • Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
    • Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik
    nie just ilang kebosanan jer..heheh..hope pembaca blog dapat epy dengan apa yang boboy post kan..hehehhh

    No comments: