I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, October 17, 2011

Makanlah yang halal & berzat (thayyib)



Hye pembaca blog sekalian,boboy kembali lg,boboy nk berkongsi tentang makanlah makanan yang halal & berzat tau,nk tau lebih lanjut ttg nie  tgk la artikel dibawah nie yew....

Ia merupakan ketetapan yang mutlak dan muktamad daripada Allah yang tidak boleh dipinda lagi. Kalau arak dan khinzir dihukum haram, maka ia tetap haram kerana pengharaman itu adalah berdasarkan kepada nas al-Quran yang jelas.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang hukum lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa apa yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkan-Nya adalah haram, manakala apa yang didiamkan, ada kemaafan bagi kamu.
Al-Quran ketika berbicara tentang makanan, Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thayyib iaitu yang lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran telah menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang memiliki zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan oleh manusia. Pada prinsipnya sesuatu yang ada di alam nyata ini adalah halal untuk digunakan.
Firman Allah dalam surah al-Mu’minun ayat 19 yang bermaksud:
>>“Kemudian, Kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”
Al-Quran sesungguhnya mengecam mereka yang mengharamkan rezeki halal yang disediakan oleh Allah kepada manusia.
Dalam hal ini, Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah Yunus ayat 59 yang bermaksud:
“Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu hingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagiannya lagi halal? Katakanlah (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”
Dia (Allah) menciptakan untuk kamu apa yang ada di bumi seluruhnya. (Surah al-Baqarah ayat 29).
Dalam kita menikmati rezeki yang dianugerahkan oleh Allah yang berupa makanan dan minuman itu, jangan lupa bahawa kita perlu bersikap sederhana di dalam memanfaatkan rezeki tersebut sehingga tidak membazir atau melampau batas sehingga memudaratkan tubuh badan kita. Tidak dapat disangkal bahawa makanan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap pertumbuhan dan kesihatan jasmani manusia terutamanya terhadap jiwa manusia.
Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat bahawa jenis makanan dan minuman sesungguhnya dapat mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru itu alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang-orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.
Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginnya dan tidak melampaui batas maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An’am ayat 145).
>>Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti ia akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan tubuh badan manusia.
Islam juga telah menetapkan bahawa sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan.
Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba.
Rasulullah s.a.w. juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal. Beliau bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:
Wahai seluruh manusia. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Dia tidak menerima (sesuatu) kecuali yang baik. Dia memerintahkan kaum mukmin sebagaimana memerintahkan para Rasul dengan firman-Nya, ‘Wahai Rasul, makanlah rezeki yang baik yang telah kami anugerahkan kepadamu” (kata perawi) Rasul kemudian menjelaskan seorang pejalan kaki, comot dan kotor, menadahkan kedua tangannya ke langit berdoa, ‘Wahai Tuhan, wahai Tuhan’, (tetapi) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, makan daripada barang haram, maka bagaimana mungkin ia dimakbulkan. – MOHD SHAUKI ABD. MAJID,Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islam, Malaysia (Yadim).

1 comment: